Siri Aksi-Hidup THE UMBRELLA ACADEMY Kini dalam Pembangunan untuk Siaran Netflix!

84

Written by:

KomikSemasaTV

Berdasarkan sumber yang diperolehi dari Deadline, Netflix kini sedang membangunkan sebuah adaptasi siri komik The Umbrella Academy hasil karya Gerard Way dan lukisan oleh Gabriel Bá sebanyak 10 episod penuh. Ianya berasal dari skrip awal yang ditulis oleh Jeremy Slater (The Exorcist, Deathnote). Steve Blackman (Fargo, Altered Carbon) akan bertindak sebagai penerbit eksekutif dan ianya dijangka bakal bersiaran menjelang tahun hadapan.

Buat mereka yang tidak peranah membaca atau belum mengenali akan naskah terbitan Dark Horse Comics ini, ia menceritakan tentang sebuah keluarga adiwira bermasalah yang terdiri daripada The Monocle, Spaceboy, The Kraken, The Rumor, The Séance, Number Five, The Horror dan The White Violin dalam usaha mereka mengenepikan sebarang perbezaan dan sengketa sesama mereka demi menyelesaikan misteri di sebalik kematian ayahanda mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penulis lirik dan vokalis kumpulan My Chemical Romance itu:

“I am thrilled that The Umbrella Academy has found a home at Netflix. I couldn’t think of a better place for the vision Gabriel Bá and myself had when creating the comic, and cannot wait for people to experience that world as a live action show.”

Apa pendapat anda tentang pengumuman projek ini? Komen anda seperti biasa amat dialu-alukan.

Last modified: July 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *