Di Jepun, THOR: RAGNAROK Dikenali dengan Nama THOR: BATTLE ROYALE!

130

Written by:

Permulaan berita ini kami boleh labelkan dengan ungkapan “Wow..”

Naib Presiden Pembangunan Kreatif dan Hakcipta Marvel Comics, C.B. Cebulski menerusi akaun Instagram rasminya hari ini telah mendedahkan sebuah poster terbaharu untuk pasaran Jepun bagi filem Thor: Ragnarok. Imej poster yang dipaparkan adalah sama dengan versi domestik Amerika Syarikat dan antarabangsa tetapi mempunyai judul berbeza dan agak unik.

Dari sudut budaya, pasaran Jepun mungkin agak tidak biasa dan kurang pencerahan tentang istilah “Ragnarok”. Maka dengan itu, Marvel Studios telah setuju untuk menukarkannya kepada judul Mighty Thor: Battle Royale!

Ini sama sekali amat bertepatan dengan aspek dan elemen komik Planet Hulk yang hadir bersama filem ini serta membuatkan kita terus berteka-teki sama ada majoriti babak yang akan dipertontonkan berlegar sekitar arena gladiator milik The Gradmaster?

Dengan babak di Midgard, perjalanan cerita Loki sejak Thor: The Dark World, kemusnahan Asgard dan persinggahan sulung ke alam Muspelheim di bawah jajahan Surtur, Thor: Ragnarok pastinya akan menjadi sebuah filem yang amat padat. Tetapi harus diingat bahawa ini sejajar dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige semasa satu sidang media Spider-Man: Homecoming baru-baru ini yang mendedahkan filem di atas akan terus berkesinambungan langsung dengan Avengers: Infinity War.

Lihat poster versi pasaran Jepun untuk filem Thor: Ragnarok di bawah ini:

Thor: Ragnarok akan berada di pawagam seluruh dunia pada 3 November, 2017.

Last modified: July 12, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *