Christopher Nolan Akui Berminat untuk Arahkan Filem JAMES BOND!

109

Written by:

Pengarah trilogi The Dark Knight, Christopher Nolan memiliki portfolio pengalaman mantap untuk menghidupkan kembali watak ikonik kegemaran ramai.

Maka dengan pelawaan dan tawaran yang diterima secara tidak langsung untuk mengambil-alih francais filem agen perisikan popular James Bond, beliau dengan secara jujur mengatakan watak itu memang sangat memerlukan sentuhan lebih kontemporari dan sanggup mengarahkannya:

“A Bond movie, definitely. I’ve spoken to the producers Barbara Broccoli and Michael G. Wilson over the years. I deeply love the character and I’m always excited to see what they do with it. Maybe one day that would work out. You’d have to be needed, if you know what I mean. It has to need reinvention; it has to need you. And they’re getting along very well.”

Nama pengarah tersebut pernah menjadi bahan spekulasi sebelum ini tetapi belum ada pengesahan rasmi untuk potensi beliau terlibat dengan filem James Bond seterusnya yang hanya diberi judul sementara “Bond 25”

Christopher Nolan mempunyai sejarah tersendiri dalam menghasilkan filem aksi berbajet besar selain Batman seperti Inception, Interstellar dan yang terkini Dunkirk.

Daniel Craig sebelum ini pernah dengan secara berseloroh “lebih rela mengelar pergelangan tangannya” daripada kembali beraksi sebagai James Bond. Namun itu semua bakal berubah apabila sejak akhir-akhir beliau kerap memberi bayangan akan muncul sekali lagi untuk watak tersebut. Dua filem lakonan beliau yang terdahulu iaitu Skyfall (2012) dan Spectre (2015) telah berjaya memecahkan rekod kutipan tertinggi dalam sejarah 54 tahun francais tersebut.

Filem terbaharu pengarah yang juga pernah bertindak sebagai penerbit eksekutif untuk Man of Steel (2013) dan Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) akan ditayangkan pada 20 Julai ini. Filem dengan judul Dunkirk itu diiktiraf sebagai filem dengan format tayangan terbesar dalam sejarah sinematografi dunia sejak tempoh 25 tahun lalu.

Last modified: July 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *