Nama Pelakon Siri Televisyen NEW WARRIORS Diumumkan, Milana Vayntrub Dipilih sebagai Squirrel Girl!

168

Written by:

KomikSemasaTV

Ini adalah cerita sekumpulan superhero remaja yang unik.

Pemilihan pelakon untuk siri televisyen Marvel dan saluran kabel Freeform untuk adaptasi komik New Warriors telah diumumkan.

Milana Vayntrub menerajui senarai ini sebagai Doreen Green atau lebih dikenali dengan nama Squirrel Girl bersama Derek Theler sebagai Mister Immortal. Mereka akan diiringi oleh Jeremy Tardy sebagai Night Thrasher, Calum Worthy sebagai Speedball, Matthew Moy sebagai Microbe dan Kate Comer sebagai Debrii.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh penerbit  Kevin Biegel:

“I am thrilled beyond belief to be working with this incredible group of actors. They are funny, sincere, eager, charming and perfectly embody these characters. It’ll be a blast and an honor to create this show with each of them.”

Sebelum ini, bintang siri popular Netflix Stranger Things iaitu Shannon Purser pernah melobi untuk memegang watak Squirrel Girl bersama dengan Mae Whitman yang juga peminat kepada watak tersebut.

Last modified: July 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *