GOTHAM BY GASLIGHT Karya Pencipta HELLBOY Diumumkan Filem Animasi DC Seterusnya!

121

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Pengembaraan Batman yang berikutnya bakal membawa kita semua ke era Victoria England.

Sebuah imej yang dikongsi menerusi Reddit telah mendedahkan bahawa grafik novel Gotham by Gaslight terbitan 1989 itu akan diadaptasi ke dalam versi filem animasi tidak lama lagi. Imej tersebut merupakan paparan kulit belakang untuk pakej Blu-Ray filem animasi Batman and Harley Quinn yang bakal berada di pasaran menjelang bulan hadapan. Ia mendedahkan judul karya Brian Augustyn dan Mike Mignola itu sebagai salah satu preview bonus untuk projek animasi DC dan Warner Bros. yang akan datang.

Anda boleh lihat paparan kulit belakang pakej Blu-Ray tersebut di bawah ini:

Pihak Warner Bros. dan DC Comics masih lagi diam seribu bahasa dan enggan memberi komen rasmi setakat ini.

Grafik novel ini dianggap oleh ramai peminat komik sebagai terbitan sulung DC Comics di bawah label Elseworlds yang menceritakan tentang kisah pengembaraan adiwira-adiwira menerusi dunia realiti alternatif. Ia masih lagi mendapat sambutan memberangsangkan hingga kini. Untuk Gotham by Gaslights, ia menampilkan Bruce Wayne yang hidup pada kurun ke-19 serta dipengaruhi oleh idealogi serta falsafah Sigmund Freud untuk menentang jenayah demi memburu pembunuh bersiri bergelar Jack the Ripper!

Filem animasi Batman and Harley Quinn akan berada di pasaran pada 15 Ogos, 2017. Ianya ditulis oleh Bruce Timm dan banyak dipengaruhi gaya dan konsep Batman: The Animated Series yang pernah popular satu masa dulu.

Last modified: July 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *