Foto Set Penggambaran HAN SOLO Tertiris, Pandang Pertama Watak Woody Harrelson, Emilia Clarke dan ramai lagi!

149

Written by:

Akhirnya ia terbongkar jua!

Sumber yang dipetik dari lama TMZ hari ini telah berjaya mendedahkan foto-foto eksklusif di balik tabir pembikinan filem antologi Star Wars, Han SoloIa sekali lagi memberikan kita pandangan kepada watak utama lakonan Alden Ehrenreich yang lengkap berseragam sebagai versi mudah remaja kelibat ikonik yang pernah dihidupkan oleh Harrison Ford sejak tahun 1977 itu.

Selain pemilik Millenium Falcon tersebut, kita juga diperlihatkan dengan beberapa watak utama lain.

Berdiri di sebelah beliau adalah pengemudi pesawat di atas dan juga teman karib, Chewbacca lakonan Joonas Suotamo. Manakala lagi satu babak mendedahkan satu pertemuan antara mereka berdua dengan watak Beckett lakonan Woody Harrelson di atas sebuah stesen angkasa lepas. Seorang wanita misteri watak berjubah putih itu pula dipercayai adalah watak yang dipegang oleh Emilia Clarke.

Foto-foto ini diambil sebelum pemergian pengarah Phil Lord dan Chris Miller yang mana kini tugasnya diambil alih oleh Ron Howard.

Last modified: July 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *