Pandang Pertama Permainan Filem JUSTICE LEAGUE Dedah Imej Sulung Steppenwolf!

168

Written by:

Orang baik sudah muncul. Di mana pula orang jahat?

Dengan San Diego Comic-Con (SDCC) yang bakal menjelma hujung bulan ini, ramai peminat mengharapkan sebuah lagi treler baharu untuk filem Justice League.

Walaupun treler sulung sebelum ini mendedahkan banyak imej-imej serta aksi padat yang membuatkan ramai teruja, kita hanya ketinggalan satu perkara penting yang masih disembunyikan: Watak antagonis utama, Steppenwolf. Hanya terdapat pendedahan imej dalam versi permainan LEGO sahaja setakat ini tetapi ia masih belum meyakinkan.

Namun begitu, semua itu bakal berubah apabila pada hari ini kita didedahkan dengan pandang pertama sebuah set permainan baharu yang akan berada di pasaran bersempena dengan pelancaran filem tersebut. Sumber yang diperolehi oleh Batman-News telah berjaya mendapatkan imej eksklusif set permainan tersebut dan ia mendedahkan Steppenwolf yang digandingkan bersama Batman.

Lihat imej eksklusif tersebut di bawah ini:

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017.

Last modified: July 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *