Siri Mini BATMAN: WHITE KNIGHT Tukar Peranan Joker sebagai Adiwira, Batman sebagai Penjahat!

224

Written by:

Apa sudah jadi?

Pada bulan Oktober ini, Batman: White Knight akan memperlihatkan Joker sebagai adiwira yang menjadi pelindung Bandar Gotham setelah disahkan waras dan pulih 100%. Dan sasaran utama beliau tidak lain dan tidak bukan adalah Batman sendiri!

Tanpa taktik fizikal atau psikologikal, watak Joker yang setakat ini hanya diberi nama “Jack” (bersama dengan teman wanitanya, Harley Quinn yang juga sudah menjadi baik) akan mengenakan tindakan undang-undang serta guaman demi membuktikan kepada seluruh penduduk Gotham bahawa ancaman sebenar bandar tersebut adalah Batman.

Siri mini tersebut akan menggambarkan Gotham sebagai sebuah bandar serba moden dan sofistikated yang terpaksa berhadapan dengan masalah dan isu semasa lain dalam situasi terkini sosio-ekonomi Amerika Syarikat.

Penulis dan pelukis utama komik di atas iaitu Sean Gordon Murphy (Joe the Barbarian, Tokyo Ghost, Punk Rock Jesus) mendedahkan butiran ini dalam satu wawancara baharu menerusi majalah Wired :

“The line Batman rides between ‘noble vigilante’ and ‘overzealous oppressor’ will always be shifting as our own society changes.  We know the Joker is a genius, we know he’s relentless, and we know he can play the crowd, so why not make him a politician?  Frank Miller modeled him after David Bowie. Chris Nolan showed him as a controlled sociopath. I see the Joker as Don Draper.”

Batman: White Knight akan berada di pasaran pada 4 Oktober, 2017. Lihat prebiu muka hadapan dan halaman dalaman komik tersebut di bawah ini:

Last modified: July 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *