Tonton Treler Rasmi Sulung untuk Filem Anime GODZILLA!

124

Written by:

AnimasiFilemTV

Filem anime yang berjudul Godzilla: Kaiju Wakusei (Godzilla: Monster Planet) dijadual akan ditayangkan pada bulan November ini di Jepun dan kemudian di seluruh dunia sejurus selepas itu.

Ia berlatarbelakangkan dunia dalam tempoh 20,000 tahun akan datang yang mana Godzilla dan Kaiju telah menjadi spesis dominan. Manusia perlu bertindak dan mengambil kembali hak mereka sebagai penduduk tetap bumi serta berjuang habis-habisan. Kobun Shizuno yang pernah bertanggungjawab mengarah beberapa filem Detective Conan dan pengarah filem Ajin, Hiroyuki Seshita telah dipilih menjadi sutradara bersama manakala penulis skrip Madoka Magica, Gen Urobuchi dilantik sebagai penulis lakonlayar.

Tonton treler rasmi sulung untuk filem tersebut di bawah ini:

Last modified: July 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *