Tonton Treler Teaser Rasmi untuk Filem Aksi-Hidup BLEACH!

299

Written by:

AnimasiFilemKomikManga

Tidak lama lagi, kita akan dapat menyaksikan sebuah filem aksi hidup yang diadaptasi dari manga dan anime siri popular Bleach, hasil karya Tite Kubo.

Maka dengan penampilan watak utama yang cukup dikenali dengan rambut berwarna jingga dan bersenjatakan sebilah pedang samurai bersaiz besar, ia pasti akan menggamit perhatian ramai para peminatnya di layar pawagam kelak!

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, penulis/pelukis/pencipta Bleach sendiri ada mengakui beliau amat bimbang dengan bagaimana rambut watak rekaannya nanti akan hadir dalam format aksi hidup. Tetapi akhirnya berpuas hati dengan gaya serta penampilan pelakon Sota Fukushi yang tampak santai serta semulajadi dengan kebanyakan trend remaja dan beliau di Jepun kini.

Tonton treler teaser rasmi Bleach tersebut di bawah ini:

Treler berdurasi 20 saat ini tidak mendedahkan banyak butiran serta perincian jalan cerita filem tersebut. Malah, teraju utama Ichigo Kurosaki hanya tampak samar-samar beraksi dengan pedang samurainya yang agam. Mungkin kita semua akan dapat melibat lebih banyak babak-babak tempur dan aksi apabila treler penuhnya tiba tidak lama lagi.

Bleach akan berada di pawagam seluruh Jepun menjelang musim panas nanti.

Last modified: July 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *