BELASUNGKAWA | Isteri Pelopor MARVEL COMICS, Joan Lee Meninggal Dunia pada Usia 93

93

Written by:

Selepas berjuang melawan strok dan dimasukkan ke hospital sejak awal minggu ini, Joan Lee telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 93.

Sebelum berkahwin dengan legenda dan ikon komik dunia Stan Lee, beliau merupakan seorang peragawati British serta sering menyokong projek-projek Stan Lee sebagai pelakon suara. Untuk itu, beliau pernah memegang peranan dalam beberapa siri animasi di bawah Marvel seperti Fantastic Four dan Spider-Man.

Beliau meninggalkan Stan Lee bersama dengan seorang anak perempuan bernama Joan Celia (JC).

Marvel telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang berikut beberapa minit lalu:

“We are so saddened to hear about the loss of Joan Lee. We lost a member of the Marvel family today and our thoughts and prayers go out to Stan and his daughter Joan in this difficult time.”

Stan Lee telah berkahwin dan mendirikan rumahtangga bersama mendiang isterinya itu sejak 69 tahun, malah beliau sendiri pernah menjadi seorang penulis dengan novel pertama berjudul The Pleasure Palace (1987).

Last modified: July 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *