Iklan TV Terbaharu KFC Diinspirasi dari Babak Hodor GAME OF THRONES!

132

Written by:

BukuSemasaTV

Anda masih ingat lagi akan Hodor?

Salah satu daripada babak pengorbanan terbesar sekali dalam siri popular Game of Thrones telah diadun semula oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk penghasilan sebuah iklan yang menampilkan Kristian Nairn.

Beliau memegang peranan sebagai juruwang di dalam iklan tersebut tetapi dengan reaksi serta perwatakan persis Hodor dalam Game of Thrones. Pembawakannya sebagai Hodor menerusi adaptasi karya novel epik George R. R. Martin itu mempunyai perbendaharaan kata yang terhad (beliau hanya boleh memnyebut namanya sendiri), namun sebagai pekerja KFC dalam iklan ini beliau hanya mampu melafazkan satu baris menu iaitu “Chicken with fries”.

Tonton iklan KFC yang diinspirasi dari siri televisyen HBO Game of Thrones tersebut di bawah ini:

Iklan KFC di atas memperlihatkan watak Kristian Nairn telah ‘diserang’ oleh segerombolan pelanggan yang rata-rata terdiri dari pekerja pejabat di waktu rehat mereka dan dipaksa mengambil berdozen pesanan serentak. Dan hasilnya, juruwang itu telah menyebut pesanan mereka berulang-ulang kali sehingga ayat “chicken with fries” menjadi “chicken with rice”, yang sebenarnya merupakan menu baharu untuk KFC United Kingdom iaitu KFC Ricebox.

Untuk mereka yang tidak mengingati atau belum mengetahui akan babak serta peranan Hodor itu, sila tonton video di bawah ini untuk pencerahan:

Last modified: July 5, 2017

One Response to " Iklan TV Terbaharu KFC Diinspirasi dari Babak Hodor GAME OF THRONES! "

  1. san says:

    kena layan lip sync spidey lagu rihanna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *