James Gunn Mahu Arahkan Filem HULK VS RED HULK untuk Marvel Studios!

233

Written by:

Wah! Ini benar-benak berita yang sangat menjentik imaginasi peminat komik serata marcapada.

James Gunn amat tertarik dengan konsep dan idea Semesta Sinematik Marvel (MCU) yakni terlebih awal lama dahulu sebelum dipilih untuk menjadi sutradara untuk Guardians of the Galaxy. Dan dalam satu sesi wawancara terbaharu, pengarah tersebut telah mendedahkan bahawa beliau pada satu ketika amat teruja dan bersemangat untuk menghasilkan filem Hulk vs Red Hulk!

Ini berlaku dalam satu sesi Soal Jawab Facebook eksklusif yang mana James Gunn telah mengakuinya dalam kenyataan berikut:

“I wanted to do Hit Monkey. Like REALLY wanted to do it. I was also interested in doing a Hulk/Red Hulk film.” 

Walaupun kadangkala Marvel ada mengambil risiko besar dalam penerbitan filem dan siri televisten, kemungkinan untuk menghasilkan Hit Monkey sama sekali tiada dalam radar produksi mereka. Tetapi watak utama dari siri komik itu mungkin atau dapat muncul pada bila-bila masa bergantung pada minat serta perancangan yang disusun oleh Marvel.

Untuk Red Hulk pula, ada khabar angin bertiup kencang sebelum ini yang sebenarnya beliau patut hadir dalam Captain America: Civil War tetapi tidak muncul. Begitu juga dengan Hulk versi asal Bruce Banner. Jeneral Thaddeus E. “Thunderbolt” Ross sememangnya ada dalam filem tersebut, namun tiada indikasi yang beliau boleh berubah menjadi Hulk merah atau tidak.

Apa pendapat anda sekiranya filem ini menjadi realiti? Bagaimanakah agaknya Red Hulk sepatutnya diperkenalkan?

Komen anda seperti biasa menerusi ruangan di bawah ini.

Last modified: July 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *