TERMINATOR 2: JUDGMENT DAY Kembali ke Pawagam dengan Format 3D Beresolusi Tinggi!

167

Written by:

Beliau kembali.. kembali ke layar pawagam 3D!

Esok menandakan ulangtahun ke-25 untuk filem blockbuster Terminator 2: Judgment Day. Dan demi meraikannya, Distrib Films telah melancarkan sebuah treler baharu untuk tayangan semula hasil mahakarya pengarah James Cameron itu dalam format 3D beresolusi tinggi (HD). Ia hanya akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam-pawagam milik AMC pada 25 Ogos, 2017.

Treler tersebut turut menampilkan kemunculan James Cameron dalam satu sesi wawancara baharu yang meneranfkan banyak sebab mengapa kita semua perlu kembali menonton semula “salah satu filem fiksyen terbaik sepanjang zaman” ini. Menurutnya apabila naskah ini mula-mula ditayangkan lebih dua dekad yang lalu, generasi sekarang masih lagi belum dapat merasai dan mengalami dalam format sebenar ia sepatutnya ditonton dan inilah masa terbaik untuk berbuat demikian!

Tonton treler terbaharu Terminator 2: 3D tersebut di bawah ini:

“It has been 10 years since the events of Terminator. Sarah Connor’s ordeal is only just beginning as she struggles to protect her son John, the future leader of the human resistance against the machines, from a new Terminator, sent back in time to eliminate John Connor while he’s still a child. Sarah and John don’t have to face this terrifying threat alone however. The human resistance have managed to send them an ally, a warrior from the future ordered to protect John Connor at any cost. The battle for tomorrow has begun…”

Last modified: July 1, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *