Warner Bros. Sedang Membangunkan Filem Aksi-Hidup THE JETSONS!

124

Written by:

AnimasiFilemSemasaTV

George, Jane, Judy dan Elroy kini sedang bersiap-sedia untuk melompat ke masa hadapan dari format asal siri animasi televisyen retro ke filem aksi hidup moden.

TVLine melaporkan hari ini bahawa Warner Bros. Pictures kini sedang dalam proses untuk membangunkan adaptasi aksi-hidup siri animasi televisyen The Jetsons, sebuah kartun popular Hanna-Barbera Studios pada tahun 1960s. Pengarah trilogi Back to the Future iaitu Robert Zemeckis sudah pun disahkan sebagai penerbit eksekutif  untuk projek ini bersama penerbit siri televisyen Family Guy, Gary Ganetti, Jack Rapke dan Jackie Levine.

The Jetsons mengisahkan kisah hidup sehari-harian sebuah keluarga yang tinggal pada tahun 2062, oleh itu hanya tinggal beberapa dekad lagi sebelum kita semua dapat mencapai impian untuk berumah di awan biru dan memiliki kereta terbang.

Namun berbanding plot siri animasi asal, naskah filem ini nanti dirancang akan wujud 100 tahun daripada sekarang iaitu pada 3018!

Filem aksi-hidup The Jetsons ini belum lagi hadir dengan tarikh tayangan rasmi.

Last modified: June 30, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *