Prop Filem STAR WARS, R2-D2 Berjaya Dilelong dengan nilai USD$2.75 Juta!

80

Written by:

Dahsyat. Memang dahsyat.

Untuk pemilik rahsia yang baharu sahaja memenangi sebuah protokol droid bernama R2-D2 dalam satu sesi bidaan di California semalam, Hari Raya tahun ini memang cukup bermakna buat beliau.

Menerusi sumber yang dipetik dari CNN, beberapa item memoribilia kegemaraan (dan buruan!) ramai dari filem fiksyen sains popular Star Wars telah dilelong dalam tempoh 24 jam yang lalu. Antaranya adalah sebatang prop lightsaber milik Luke Skywalker dari filem A New Hope dan The Empire Strikes Back, yang dijual pada harga USD$325,000. Namun begitu, item yang paling medapat tumpuan ramai adalan sebuah unit prop lengkap R2-D2 yang telah berjaya dijual pada nilai harga USD$2.75 juta.

Kami ulangi.

USD$2.75 JUTA.

Atau bersamaan dengan lebih kurang 11.8 JUTA RINGGIT MALAYSIA!

Jumlah ini jauh lebih tinggi dari ramalan dan penilaian harga asal yang sebenarnya hanya dianggarkan sekitar USD$1 juta sehingga USD$2 juta sahaja. Dengan ukuran ketinggian 43 inci, prop tersebut mengandungi bahagian-bahagian asal dan tulen dari trilogi filem asal termasuk beberapa bahagian lain daripada filem The Phantom Menace dan Attack of the Clones.

Dibina hanya menggunakan aluminum, besi biasa dan kaca gentian (fibreglass), unit ini dipercayai merupakan satu-satunya prop R2-D2 paling lengkap yang pernah dimiliki oleh individu di luar hak produksi studio. Malang sekali, droid ini tiada fungsi simpanan lightsaber, tiada pancaran hologram apatah lagi mempunyai kemampuan berinteraksi serta berkomunikasi dengan anda seperti yang dilihat menerusi filem.

Dengan kemampuan sifar mekanik dan operaso jentera dalaman, harga yang perlu dibayar untuk protokol droid kelas Astromech ini memang betul-betul “luarbiasa gila”.

Katalog penuh sesi bidaan di atas boleh anda layari dan lihat DI SINI.

Last modified: June 29, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *