Tonton Treler dan Poster Rasmi Sulung Filem JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE!

211

Written by:

Anda masih ingat lagi filem Jumanji (1995)?

Selang 22 tahun selepas filem yang pernah menampilkan Robbin William dan Kirsten Dunst sebagai teraju utama itu, kini muncul filem sekuelnya berjudul Jumanji: Welcome to The Jungle.

Ia tampak lain daripada apa yang pernah kita tonton sebelum ini dan memperlihatkan sudut dimensi berbeza demi memberikan ‘kesegaran’ kepada halwa mata penonton bagi abad ke-21. Paling tidak pun untuk peminat gusti di seluruh dunia yang mengikuti perkembangan karier The Rock di dalam arena atau di lapangan dunia filem, kita sekali lagi dapat saksikan kemunculan “The People’s Eyebrow” buat mengubat kerinduan ramai dalam naskah arahan Jake Kasdan ini (beliau  adalah anak lelaki sulung kepada penulis skrip filem The Force Awakens, The Empire Strikes Back, Han Solo).

Selain Dwayne ‘The Rock’ Johnson, kita juga disajikan dengan aksi melucukan dari bintang-bintang ternama lain seperti Jack Black, Kevin Hart, Nick Jonas, Karen Gillan dan ramau lagi!

Tonton treler filem tersebut di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopis rasmi filem di atas:

“In a brand new Jumanji adventure, the tables are turned as four teenagers are sucked into Jumanji’s world – pitted against rhinos, black mambas and an endless variety of jungle traps and puzzles. To survive, they’ll play as characters from the game: meek Spencer becomes a brave explorer (Dwayne Johnson); hulky jock Fridge becomes a tiny genius (Kevin Hart); It-girl Bethany becomes a bookworm professor (Jack Black); and unathletic Martha becomes an amazonian warrior (Karen Gillan). To beat the game and return to the real world with their lives, they’ll have to start seeing things in an entirely different way.”

Jumanji: Welcome to The Jungle akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Disember, 2017.

Last modified: June 29, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *