Tonton Treler Rasmi Sulung Siri Televisyen Marvel, INHUMANS!

146

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Kira-kira sebulan yang lalu, kami pernah ‘membocorkan’ treler penuh untuk siri televisyen Inhumans DI SINI.

Dan pada hari ini, Marvel Entertainmet dan ABC Studios telah dengan secara rasmi melancarkan treler sulung berdefinisi tinggi untuk kisah daripada adaptasi komik ciptaan Jack Kirby dan Stan Lee dan sekali imbas, ia sebenarnya tampak.. biasa-biasa sahaja dan kurang mengagumkan(?)

Biarpun banyak aspek dan motif seragam watak-watak utama tidak serupa dengan rekaan komik, ia mungkin akan menjadi lebih baik atau untuk kebaikan format televisyen berbanding versi asalnya.

Treler ini memaparkan rampasan kuasa yang cuba dilakukan oleh Maximus ke atas abangnya, Black Bolt yang berjaya melarikan diri ke bumi dengan bantuan si anjing Terrigen bernama Lockjaw. Watak-watak lain yang diperlihatkan di sini adalah seperti Medusa, Karnak, Triton, Crystal dan ramai lagi.

Tonton treler rasmi tersebut di bawah ini:

Inhumans akan dhidupkan ke layar pawagam dan skrin televisyen dengan dua episod pertama ditayangkan secara eksklusif di IMAX selama dua minggu berturut-turut bermula pada 1 September, 2017. Saluran ABC kemudian akan menyiarkan keseluruhan musim pertama siri tersebut dengan kandungan eksklusif yang hanya boleh ditonton menerusi saluran tersebut.

Last modified: June 29, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *