Spider-Man Bikin Kejutan di Starbucks untuk Gimik Promosi Filem SPIDER-MAN: HOMECOMING!

76

Written by:

Superhero mesra jiran anda ini juga hidup seperti anda.

Makan, minum, tidur, bangun dan pergi ke Starbucks seperti sesetengah manusia normal lain untuk menghilangkan dahaga serta mengembalikan kesegaran dan tenaga.

Sony Pictures dan Marvel Studios kini sedang dalam siri promosi serta publisiti agresif untuk filem Spider-Man: Homecoming. Untuk itu, mereka telah menggerakkan sebuah gimik khas dengan meletakkan ‘Spider-Man’ betul-betul di tengah kesibukan bandaraya New York bersama masyarakat sekeliling. Dalam video ini, beliau telah turun dari siling sebuah premis Starbucks dengan secara tiba-tiba untuk mendapatkan secawan kopi.

Dengan tindak balas dan respon mengejut, mereka yang hadir di premis Starbucks tampak terkesima dan kemudian teruja dengan kelibat Spider-Man itu.

Tonton video dan reaksi orang ramai dengan kehadiran Spider-Man di Starbucks secara mengejut di bawah ini:

Spider-Man: Homecoming akan berada di pawagam seluruh duni apada 7 Julai, 2017.

Last modified: June 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *