Pandang Pertama Sut Perisai Baharu Iron Man dalam AVENGERS: INFINITY WAR!

435

Written by:

Anda boleh lari tetapi anda tidak boleh bersembunyi. Terutama sekali daripada lensa Paparazi.

Setelah hampir berbulan lamanya menjalani penggambaran secara rahsia dan tertutup di serata set lokasi luar seluruh dunia, akhirnya terbongkar jua yang cuba disorokkan itu!

Dengan kelicikan para jurugambar bebas menyelinap masuk ke dalam set lokasi, hari ini kita didedahkan dengan foto-foto eksklusif di belakang tabir filem yang paling dinantikan pada tahun hadapan iaitu Avengers: Infinity War. Ia memperlihatkan kepada kita pandang pertama yang sememangnya amat jelas merupakan penampilan Tony Stark (Robert Downey Jr.) dengan sut perisai serba baharu Iron Man serta kemungkinan besar satu babak konfrontasi antara beliau dan Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Wong (Benedict Wong) serta Bruce Banner (Mark Ruffalo).

Lihat foto-foto eksklusif yang belum pernah terlihat sebelum ini di bawah:

Apa pendapat anda semua tentang sut perisai baharu Iron Man di atas? Menarik atau hanya biasa-biasa sahaja? Ulasan serta analisa anda amat dialukan menerusi ruangan komen di bawah.

Avengers: Infinity War akan berada di pawagam seluruh dunia pada 4 Mei, 2018. Manakala Avengers 4 pula pada 3 Mei, 2019.

Last modified: July 5, 2017

One Response to " Pandang Pertama Sut Perisai Baharu Iron Man dalam AVENGERS: INFINITY WAR! "

  1. Alam says:

    Menarik. Seperti suit versi alien.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *