Warner Bros. Dilapor sedang Pertimbangkan Filem Aksi Hidup Adaptasi Komik SUPERMAN: RED SON!

198

Written by:

Wah. Ini memang betul-betul berita yang menggugah emosi peminat komik!

Semuanya bermula denga perbualan dengan penulis komik terkenal Mark Millar dan pengarah Kong: Skull Island, Jordan Vogt-Roberts yang mana pada satu ketika dulu pihak Warner Bros. Pictures pernah menolak idea mereka berdua untuk menghasilkan filem adaptasi komik Superman: Red Son.

Namun pada hari ini berdasarkan sumber maklumat “amat boleh dipercayai” yang kami petik dari Den of Geek, pihak studio nampaknya mahu membawa naskah komik itu ke layar pawagam tidak lama lagi!

Mark Millar menerusi laman Twitter rasmi miliknya ada menyebut bahawa pada kali ini Warner Bros. telah bertemu sekurang-kurangnya dua orang pengarah untuk berbincang secara serius tentang projek di atas.

Entri itu menyatakan:

“I’ve got pals at Warner Bros but never discussed it with them. I think they’re just going through their back catalogue of big books and hoping to lure in good directors as opposed to any particular interest in developing Red Son.”

Mungkin perjalanan dan proses ini akan mengambil masa lama lagi. Tetapi berdasarkan komen yang diberikan oleh Jordan Vogt-Robert, Mark Millar dan petikan laman web di atas, ada banyak petanda positif Superman: Red Son berpotensi menghala ke fasa produksi aktif andai semuanya berjalan lancar.

Superman: Red Son merupakan judul DC Comics yang sangat unik dan menarik untuk dijadikan adaptasi filem kerana ia sama sekali bukanlah kisah Superman yang kita semua ramalkan berada di pawagam selepas ini. Sekuel Man of Steel masih lagi ‘tersangkut’ di dalam fasa pembangunan buat ketika ini dan masih tidak pasti sama ada Henry Cavill akan berperanan juga sebagai versi Superman era Komunis Kesatuan Soviet (dan juga jahat!) termasuk versi baharu Batman dan Wonder Woman. Malah, filem ini juga amat sesuaikan dikenakan klasifikasi label R-rated.

Pendapat anda? Kongsikan bersama kami menerusi ruangan komen di bawah ini.

Last modified: June 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *