Peter Parker/Spider-Man Disahkan buat Penampilan Sulung dalam MCU sejak IRON MAN 2!

250

Written by:

Mengagumkan.

Terdapat satu teori oleh para peminat sejak sekian lama tentang kewujudan Peter Parker dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) sebelum beliau menjadi remaja dalam Spider-Man: Homecoming.

Dan akhirnya pada hari ini ianya disahkan oleh teraju utama filem itu sendiri iaitu Tom Holland. Untuk makluman dan pengetahuan semua, ramai pengikut setia adiwira ciptaan paling popular Stan Lee dan Marvel tersebut percaya bahawa sebelum ini, kanak-kanak yang mengenakan topeng Iron man dan berhadapan dengan salah satu dron askar Justin Hammer dalam filem Iron Man 2 (2010) itu adalah kelibat dan kemunculan pertama Peter Parker!

Anda boleh tonton babak tersebut di bawah ini:

Dalam satu wawancara menerusi sidang media yang diadakan baru-baru ini, Tom Holland menjelaskan bahawa Presiden Marvel Studios iaitu Kevin Feige memberitahunya yang memang SAH dan RASMI kanak-kanak yang dimaksudkan itu adalah Peter Parker.

Menurut kenyataan beliau:

“I can confirm that is Peter Parker. I can confirm that as of today. I literally had a conversation with Kevin Feige only 20 minutes ago. Maybe I’ve just done a big, old spoiler, but it’s out there now. It’s cool. I like the idea that Peter Parker has been in the universe since the beginning.”

Sama ada benar atau tidak Peter Parker memang dirancang muncul sejak tahun 2010 adalah sama sekali subjektif serta amat spekulatif bagi semua pihak. Hanya Kevin Feige dan pengarah Iron Man 2, Jon Favreau sahaja yang secara sah dan muktamad tanpa ragu.

Apa yang pasti, ini merupakan sebuah ‘babak tersirat’ (Easter Egg) yang amat mengagumkan dan sebuah strategi retcon atau ubahan kontinuiti mantap demi memberi laluan khas kepada Spider-Man untuk hidup dalam MCU!

Spider-Man: Homecoming akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Julai, 2o17.

Last modified: June 27, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *