Gambaran Treler Terkini JUSTICE LEAGUE Bakal Hadir dengan Kemunculan Kembali Superman?

304

Written by:

Mungkin ada di antara kita yang pernah melihat kelibat Superman pada poster teaterikal promosi dan beberapa barangan cenderahati filem Justice League sebelum ini.

Namun hingga ke saat ini, masih belum ada seberang pengumuman rasmi apakah peranan yang bakal dipegang oleh adiwira asal Krypton itu dalam filem tersebut atau apakah sahsiah rupadiri beliau selepas “kembali dari persemadian”. Walaupun memang secara jelas bahawa pihak Warner Bros. Pictures dan DC Comics bakal menyembunyikan plot tersebut sebagai salah satu elemen kejutan, adalah sesuatu yang musthail untuk berbuat demikian dalam satu tempoh masa yang lama.

Justice League tidak akan lengkap dan sempurna tanpa Superman.

Namun begitu dalam satu perkembangan terkini yang diambil dari beberapa sumber laman portal online, ia telah berjaya mendapatkan gambaran tidak rasmi tentang treler seterusnya bagi filem Justice League.

Sama ada laporan ini sah atau sebaliknya, perincian yang dikongsikan itu agak menarik untuk dikongsikan bersama tentang bagaimana cara Superman dapat kembali semula bersama teman DC Comics lain. Ia mendedahkan bahawa treler tersebut akan memperlihatkan Batman sedang memandu Batmobile menuju ke arah sebuah pesawat angkasa yang secara tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan Superman yang lengkap berseragam hitam, berjambang serta berambut panjang. Matanya merah sambil tersenyum sinis (berlatarbelakang api yang marak dan hujan debu).

Batman tersentak dengan kelibat Superman yang sudah berubah penampilan dan treler tamat.

Penerangan treler ini seolah-olah memberi implikasi yang Superman akan “hidup semula” di bawah kawalan dan arahan Darkseid atau Steppenwolf manakala seragam kostum hitam itu sedikit-sebanyak diinspirasikan dari jalan cerita ‘Return of Superman’ menerusi terbitan komiknya pada tahun 1993.

Pendapat anda? Komen dan ulasan seperti biasa dalam ruangan di bawah.

Last modified: June 26, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *