AVENGERS: INFINITY WAR Sah Penampilan Terakhir untuk Beberapa Teraju Utama Avengers!

196

Written by:

Setiap yang bermula, pasti akan berakhir.

Baru-baru ini, Chris Evans telah memberi bayangan bahawa Avengers 4 adalah berkemungkinan besar merupakan penampilan terakhir beliau sebagai Steve Rogers dan Captain America dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU). Akan tetapi, Presiden Marvel Studios iaitu Kevin Feige hari ini telah membuat kenyataan yang ketua pasukan Avengers itu bukanlah satu-satunya teraju utama yang bakal meninggalkan francais tersebut buat kesekian kalinnya.

Sudah tentu, Kevin Feige tidak menyatakan siapakah bintang-bintang lain yang akan mengucapkan selamat tinggal setelah tamat filem Avengers: Infinity War dan/atau Avengers 4. Tetapi beliau sudah mengesahkan persengketaan dengan Thanos yang bakal dihadapi menjelang tahun hadapan sudah pasti menghadirkan korban, termasuk beberapa wajah-wajah dan watak-watak utama yang terwujud sejak dari mula penubuhan MCU selain sebab komitmen tarikh lupus kontrak lakonan.

Satu sumber menyebut dengan secara terperinci bertanyakan sama ada pihak studio merujuk kepada Chris Evans dan Robert Downey Jr., Kevin Feige hanya memberi jawapan klise ini:

“We have another two years of hard work to even finish these movies, and they [the actors] have a lot of hard work to do, so that’s all we’re thinking about, is completing those and delivering on the promise of those. Where it goes beyond that, we’ll see.”

Mungkin benar mereka akan ‘bersara’ dan meninggalkan selamat tinggal kepada kita semua. Atau mungkin juga mereka akan mengorbankan diri sepertimana nasib yang menimpa Aaron Taylor-Johnson untuk peranannya sebagai Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron dua tahun lalu?

Seperti biasa, nyatakan pendapat dan pandangan anda menerusi ruangan komen di bawah.

Last modified: June 26, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *