Senarai Pelakon Lengkap dan Rasmi SPIDER-MAN: HOMECOMING Dedah Kemunculan Bekas Pelakon HULK (dan ramai lagi!)

531

Written by:

Sebelum anda teruskan membaca entri ini, berikut adalah sebuah perkembangan terkini yang mengandungi KANDUNGAN SPOILER.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam satu perkembangan menarik dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh tayangan untuk Spider-Man: Homecoming, Sony Pictures dan Marvel Studios akhirnya telah mendedahkan keseluruhan senarai pelakon filem tersebut.

Dan antara nama-nama pelakon yang tersenarai, Gwyneth Paltrow dan Jennifer Connelly telah muncul!

Gwyneth Paltrow akan kembali memegang watak Pepper Potts sejak kali terakhir dilihat menerusi filem Iron Man 3 (2013) manakala Jennifer Connelly hadir sebagai watak baharu bernama “Karen” yang sebenarnya hanyak bertindak sebagai pelakon suara untuk kepintaran buatan (A.I) kostum baharu dan canggih milik Spider-Man hasil rekaan khas Stark Industries suit.

Biarpun pernah muncul sebagai teman wanita Dr. Bruce Banner/Hulk iaitu Elizabeth ‘Betty’ Ross suatu masa dulu dalam filem Hulk (2003), adalah besar kemungkinan pemenang Anugerah Academy tidak akan muncul secara nyata dalam filem Spider-Man: Homecoming.

Jennifer Connelly juga adalah isteri kepada Paul Bettany, pelakon kelahiran Inggeris yang memegang watak J.A.R.V.I.S dan kini Vision sejak Iron Man (2008) hingga Captain America: Civil War (2016).

Senarai yang dikeluarkan itu juga turut mengesahkan identiti sebenar beberapa pelakon-pelakon lain termasuk dua watak antagonis terbaharu dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) iaitu Aaron Davis/Prowler, lakonan Donald Glover (Atlanta, Han Solo) serta Mac Gargan/Scorpion, lakonan Michael Mando (Orphan Black, The Colony). Selain itu, kita disahkan dengan kemunculan dua watak Shockers: versi Herman Schultz, lakonan Bokeem Woodbine (Fargo, Riddick) dan versi Jackson Brice, lakonan Logan Marshall-Green (Devil, Prometheus).

Angourie Rice (The Nice Guys, Walking with Dinosaurs) akan memegang peranan sebagai Betty Brant, manakala Garcelle Beauvais (Flight, White House Down) dipilih sebagai Doris Toomes, besar kemungkinan adalah isteri atau bekas isteri kepada Vulture lakonan Michael Keaton (Batman, Birdman).

Stan Lee seperti biasa akan hadir sebagai watak cameo bernama Gary dan Chris Evans sebagai Steve Rogers/Captain America yang masih belum pasti sama ada ia hanya sekadar kemunculan ringkas menerusi video di dalam treler sebelum ini.

Lihat senarai lengkap dan rasmi untuk filem Spider-Man: Homecoming di bawah ini:

Spider-Man: Homecoming akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Julai, 2017.

Last modified: June 23, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *