Imej Belakang Tabir AVENGERS: INFINITY WAR Dedah Kostum Baharu Doctor Strange!

304

Written by:

Ini ada perkembangan terkini dari set filem terbesar Marvel Studios setakat ini.

Ketika produksi dan penggambaran prinsipal untuk Avengers: Infinity War kini sedang aktif dalam pembikinan, Robert Downey Jr. (Tony Stark/Iron Man) telah berkongsi sebuah foto baharu di belakang tabir filem tersebut menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.


Sekali pandang, kita dapat lihat Robert Downey Jr., Benedict Cumberbatch, Mark Ruffalo dab Benedict Wong hanya sekadar beraksi santai di hadapan kamera sambil menikmati hidangan makanan tengahari ketika produksi sedang berhenti rehat. Akan tetapi jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat lihat yang keempat-empat mereka sebenarnya masih dalam keadaan berkostum untuk filem tersebut.

Walaupun Mark Ruffalo dan Benedict Wong hanya berseragam biasa, Benedict Cumberbatch and Robert Downey Jr. tampak berbeza dengan imej kostum serba baharu yang berkemungkinan besar dikenakan untuk perjalanan mereka menentang Thanos di medan perang angkasaraya kelak.

Lihat foto perkongsian bintang utama yang melakonkan watak Tony Stark/Iron Man tersebut di bawah ini:

Apa pula pendapat dan pandangan anda?

Avengers: Infinity War akan berada di pawagam seluruh dunia pada 4 Mei, 2018.

Last modified: June 22, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *