Pengarah HAN SOLO Dipecat dan Bakal Lari ke THE FLASH, Ron Howard Bakal Pengganti?

216

Written by:

AnimasiBukuDan Lain-LainFilemGamingKomikSemasaTV

Apa sudah jadi?

Biarpun filem seterusnya dalam spin-off antologi Star Wars iatu Han Solo telah memulakan penggambaran sejak Februari lalu, sumber yang dipetik dari THR awal hari ini melaporkan bahawa pengarah Phil Lord dan Christopher Miller (The Lego Movie, 21 Jump Street, Cloudy with a Chance of Meatballs) disahkahkan tersingkir dari projek tersebut.

Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang berikut kepada pihak media:

“Phil Lord and Christopher Miller are talented filmmakers who have assembled an incredible cast and crew. But it’s become clear that we had different creative visions on this film and we’ve decided to part ways. A new director will be announced soon.”

Manakala Phil Lord dan Christopher Miller pula memberi kenyataan ini:

“Unfortunately, our vision and process weren’t aligned with our partners on this project. We normally aren’t fans of the phrase ‘creative differences’ but for once this cliché is true. We are really proud of the amazing and world-class work of our cast and crew.”

Pada kelazimannya, jarang sekali kedengaran sesebuah produksi filem itu kehilangan pengarah ketika penggambaran sudah berlangsung separuh jalan. Maka dengan itu perkembagan ini ternyata memang sesuatu yang mengejutkan ramai pihak.

Sumber-sumber tambahan lain turut menyebut bahawa hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi pada jadual penggambaran termasuk beberapa babak tambahan untuk tempoh dua bulan yang akan datang.

Selain alasan perbezaan kreatif yang disebut oleh kedua-dua belah pihak, ada sumber dalaman lain yang menyatakan ia lebih daripada itu.

Sumber dari Variety dan THR melaporkan pengarah Phil Lord dan Christopher Miller sebenarnya dipecat setelah bertelagah dengan Kathleen Kennedy serta penulis skrip Lawrence Kasdan. Lebih dramatik, krisis ini bermula sejak peringkat awal lagi kerana Kathleen Kennedy tidak bersetuju dengan pendekatan dan kaedah “komedi dan improvisasi” kedua-dua pengarah tersebut serta proses mereka berinteraksi dengan pelakon dan krew. Lawrence Kasdan turut mempersoal kebanyakan daripada keputusan pengarahan yang diambil oleh mereka.

Hakikatnya, Lucasfilm telah bersiap-sedia untuk menggantikan duo tersebut dengan pengarah baharu.

Nama seperti Ron Howard (A Beautiful Mind, The Da Vinci Code, Rush) kini disebut-sebut sebagai calon utama mengambil-alih produksi manakala Joe Johnston (Captain America: The First Avenger, Jumanji, The Rocketeer) dan Lawrence  Kasdan sendiri (The Force Awakens, The Empire Strikes Back, Return of the Jedi) juga tersenarai daam pihak studio.

Pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Untuk bekas pengarah Phil Lord dan Chris Miller pula, mereka sebelum ini pernah menulis draf skrip awal untuk filem solo The Flash sebelum Seth Grahame-Smith hadir untuk menyiapkan lakon layar lengkap. Produksi filem The Flash kini sedang dibekukan kerana masalah pengarah tetapi kemungkinan besar pintu itu bakal dibuka oleh DC Comics dan Warner Bros. Pictures buat mereka.

Mengikut laporan The Wrap, mereka pernah berjumpa pihak eksekutif dan wakil studio beberapa bulan lalu. Jelas ini merupakan usaha untuk berunding tentang kemungkinan mengarahkan filem The Flash setelah Rick Famuyiwa meninggalkan projek tersebut, juga di atas alasan perbezaan kreatif pada tahun lalu. Ini merupakan satu tempoh yang lama sebelum mereka dipecat secara rasmi hari ini tetapi merupakan pembayang bahawa duo tersebut telah bersiap-sedia untuk meninggalkan Lucasfilm sekiranya “apa-apa terjadi” kepada mereka.

Apa pun begitu, ia tetap hadir sebagai sebuah khabar angin buat sementara ini kerana Robert Zemeckis masih lagi calon utama untuk menerajui filem itu.

Untuk rekod, Phil Lord dan Christopher Miller bertindak untuk menolak tawaran mengarah The Flash sebelum ini untuk Han Solo.

Han Solo dijangka masih mengikut tarikh tayangan rasmi pada 25 Mei, 2018.

Last modified: June 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *