GODZILLA 2 Teruskan Produksi, Sinopsis Plot Sahkan Kemunculan Mothra, Rodan dan King Ghidorah!

184

Written by:

BukuFilemKomikMangaSemasa

Legendary Pictures telah mengumumkan bahawa penggambaran kini sedang berjalan secara rasmi untuk Godzilla: King of Monsters.

Judul filem yang diarahkan oleh Michael Dougherty (Trick ‘r Treat, Krampus, Superman Returns) itu mungkin bukan judul rasmi dan muktamad untuk sekuel reboot Godzilla tahun 2014. Sejajar dengan pengumuman berita di atas, sinopsis plot sulung untuk filem ketiga dalam francais MonsterVerse terbitan Legendary Pictures juga turut mengesahkan kehadiran watak-watak raksasa lain yang pernah muncul secara ringkas dalam babak akhir Kong: Skull Island semasa tayangannya awal tahun ini.

Baca sinopsis plot rasmi tersebut di bawah ini:

“The new story follows the heroic efforts of the crypto-zoological agency Monarch as its members face off against a battery of god-sized monsters, including the mighty Godzilla, who collides with Mothra, Rodan, and his ultimate nemesis, the three-headed King Ghidorah. When these ancient super-species—thought to be mere myths—rise again, they all vie for supremacy, leaving humanity’s very existence hanging in the balance.”

Dibintangi Zhang Ziyi, Kyle Chandler, Vera Farmiga, Millie Bobby Brown, Bradley Whitford, Ken Watanabe, Thomas Middleditch, Charles Dance, O’Shea Jackson Jr. dan Aisha Hinds, Godzilla 2 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Mac, 2019.

Last modified: June 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *