Set Foto Terkini JUSTICE LEAGUE Bakal Memperkenalkan Kewujudan Markas Hall of Justice?

139

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

“.. in the Great Hall of the Justice League!”

Foto-foto di belakang tabir untuk penggambaran semula filem Justice League sebelum ini telah tertiris dan memberikan kita pandang pertama pada sebuah babak imbas kembali (flashback) buat Wonder Woman serta babak tambahan yang membawa kita semua ke kota Gotham.

Untuk imej terbaharu hari ini, apakah kita juga bakal diperlihatkan dengan kewujudan markas Hall of Justice yang pernah diperkenalkan serta popular menerusi siri animasi klasik, Super Friends satu masa dahulu?

Walaupun struktur bangunan tersebut yang semakin tular di internet sekarang ini berkemungkinan besar bukan seperti yang kita semua ramalkan, tidak dapat dinafikan bahawa memang ada elemen yang melambangkan markas ikonik itu terwujud dalam foto.

Selain muncul dalam siri animasi, ia juga telah wujud selepas itu menerusi naskah-naskah DC Comics serta kelibat ringkas dalam siri televisyen The Flash!

 

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017.

Last modified: June 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *