Tonton Treler dan Poster Rasmi Sulung Filem Remake FLATLINERS!

141

Written by:

Filem remake masih merupakan strategi yang ampuh buat pembikinan Hollywood.

Kerana itulah sebuah versi baharu untuk naskah arahan Joel Schumacher (Batman Forever, Batman & Robin) yang pernah ditayangkan pada tahun 1990 berjudul Flatliners akan menemui anda tidak lama lagi. Filem asal tersebut dibintangi oleh Julia Roberts, Kevin Baco dan Kiefer Sutherland serta hanya mendapat sambutan yang sederhana.

Persoalannya: Mengapakah Sony Pictures sanggup dan berasa perlu untuk kembali menerbitkan filem ini semula adalah satu ‘misteri’.

Walau bagaimanapun, mungkin ada sebab tersendiri dan jawapan tertentu kerana ia memiliki generik tipikal sebuah filem fiksyen sains thriller Hollywood.

Berikut adalah sinopsis rasmi filem tersebut:

“Five medical students embark on a daring and dangerous experiment to gain insight into the mystery of what lies beyond the confines of life. The bold adventure begins when they trigger near-death experiences by stopping their hearts for short periods of time. As their trials become more perilous, each must confront the sins from their past while facing the paranormal consequences of journeying to the other side.”

Diarahkan oleh Niels Arden Oplev, kali ini ia dibintangi oleh Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton dan Kiersey Clemons. Tonton treler dan poster rasmi filem tersebut di bawah ini:

Flatliners akan berada di pawagam seluruh dunia pada 28 September, 2017.

Last modified: June 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *