Pandang Pertama Treler Gameplay Spider-Man untuk PS4 Didedahkan di E3 2017 (dengan cameo Miles Morales?)

123

Written by:

Genap setahun selepas pengumuman rasminya, Marvel & Insomniac kini telah kembali hadir ke acara E3 2017 untuk melancarkan sebuah treler gameplay baharu untuk permainan video Spider-Man.

Dan seperti yang ramai sedia maklum, ia juga hanya eksklusif untuk pasaran konsol Sony Playstation.

Video yang berdurasi hampir 9 minit itu menampilkan Peter Parker/Spider-Man pada usia 23 tahun yang terpaksa menawarkan khidmatnya kepada Wilson Filson/Kingpin daripada ancaman kumpulan penjahat lebih besar.

Protagonis baharu yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Martin Li atau lebih popular dalam siri komik dengan gelaran Mr. Negative. Tidak cukup dengan itu, nampaknya ancaman baharu buat Spider-Man ini akan mempunyai hubungan peribadi dengan keluarga Peter Parker kerana Martin Li adalah majikan kepada ibu saudaranya, May Parker!

Tonton treler gameplay permainan video Spider-Man untuk PS4 tersebut di bawah ini dan nantikan satu watak cameo di hujung babak yang berkemungkinan besar adalah kelibat kepada seorang lagi watak Spider-Man iaitu Miles Morales:

Sinopsis rasmi permainan video tersebut di bawah ini:

“Starring the world’s most iconic Super Hero, Spider-Man PS4 (working title) features the acrobatic abilities, improvisation and web-slinging that the wall-crawler is famous for, while also introducing elements never-before-seen in a Spider-Man game. From traversing with parkour and utilizing the environment, to new combat and blockbuster set pieces, it’s Spider-Man unlike any you’ve played before. Marvel and Insomniac Games have teamed up to create a brand-new and authentic Spider-Man story. This isn’t the Spider-Man you’ve met before, or seen in a movie. This is an experienced Peter Parker who’s more masterful at fighting big crime in New York City. At the same time he’s struggling to balance his chaotic personal life and career while the fate of nine million New Yorkers rests upon his shoulders.”

Marvel’s Spider-Man akan dijual dan berada di pasaran hanya untuk konsol PS4 Sony pada tahun hadapan.

Last modified: June 13, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *