Pandang Pertama Poster Rasmi Sulung untuk Filem BLACK PANTHER!

158

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Berita ini memang sesuatu yang tidak dijangka sama-sekali!

Sebagai satu kejutan, Marvel telah melancarkan poster rasmi untuk filem Black Panther, arahan Ryan Coogler (Creed, Fuirvale Station) yang akan menyaksikan Chadwick Boseman kembali memegang peranan sebagai T’Challa setelah kemunculan sulung dalam Captain America: Civil War.

Tiada banyak pendedahan besar pada poster tersebut kecuali gambaran yang menunjukkan teraju utama tersebut sedang duduk di takhta Istana Wakanda dan bersiapa-siaga menerima sebarang ancaman yang bakal melanda tanah jajahannya.

Satu lagi perkembangan menarik adalah sebuah treler teaser akan disiarkan lewat malam ini waktu tempatan tidak lama lagi. Pastikan anda terus bersama kami untuk laporan terkini dan lanjut dari masa ke semasa dan berikan pendapat anda tentang poster di bawah ini dalam ruangan komen tersedia:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi filem di atas:

Marvel Studios’ “Black Panther” follows T’Challa who, after the death of his father, the King of Wakanda, returns home to the isolated, technologically advanced African nation to succeed to the throne and take his rightful place as king. But when a powerful old enemy reappears, T’Challa’s mettle as king—and Black Panther—is tested when he is drawn into a formidable conflict that puts the fate of Wakanda and the entire world at risk. Faced with treachery and danger, the young king must rally his allies and release the full power of Black Panther to defeat his foes and secure the safety of his people and their way of life.

Black Panther akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 Februari, 2018.

Last modified: June 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *