Pandang Pertama Hulubalang First Order STAR WARS: THE LAST JEDI Tertiris!

269

Written by:

AnimasiBukuFilemGamingKomikSemasaTV

Apakah filem ini nanti bakal menjadi antara filem terbaik pernah dilahirkan dalam francais Star Wars sejak 1977?

Berdasarkan kepada sumber dalaman yang kami perolehi daripada laman Facebook bernama Templo Jedi Aztlan, nampaknya kita telah memperolehi pandang pertama untuk ilustrasi promosi tiris untuk filem Star Wars Episode VIII: The The Last Jedi.

Walaupun imej yang didedahkan bukan dalam kualiti terbaik, ia tetap memberikan kita gambaran sulung bagi beberapa watak-watak baharu daripada filem tersebut.

Kelihatan di sini adalah Hulubalang First Order berseragam merah (First Order Red Guard) yang jelas mencerminkan Hulubalang Merah Maharaja Palpatine (Imperial Crimson Guard) daripasa filem Star Wars Episode VI: Return of The Jedi. Dan dengan aksi serta gaya pose yang diberikan, ramai percaya bahawa untuk versi kali ini mereka akan lebih banyak beraksi dan bertempur.

Kemudian, kita dapat menyaksikan kelibat Pegawai Stormtrooper First Order yang nampak hanya seperti seorang Stormtrooper biasa. Perbezaan paling ketara di sini adalah calitan warna merah di bahagian bahu dan perisai keledar yang mungkin akan menyatakan sesuatu kelak apabila filem ini ditayangkan kelak.

Dan akhir sekali adalah pengenalan kita kepada jentera penggempur agam, AT-M6. Penambahan terbesar sekali di sini  berbanding dengan jentera AT-AT yang sudah dikenali ramai adalah meriam plasma berkembar di atas kepala kokpit. Ia juga hampir menyerupai kepada tubuh serta anatomi seekor gorilla yang sedang merangkak!

Lihat imej-imej yang tertiris tersebut di bawah ini:

Star Wars Episode VIII: The Last Jedi akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

Last modified: June 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *