Video Ujibakat Filem X-MEN: DARK PHOENIX Dedahkan Kehadiran Empayar Intergalaktik Shi’ar!

170

Written by:

Ini ada perkembangan terkini tentang filem baharu X-Men.

Sebuah sumber berita yang kami perolehi hari ini telah mendedahkan sebuah rakaman video ujibakat untuk filem X-Men: Dark Phoenix dan ia menampilkan pelakon Toby Huss (Ghostbusters, The Venture Bros.)

Seperti biasa, identiti watak yang bakal dipersembahkan oleh beliau masih lagi dirahsiakan dan sesi ujibakat itu masih lagi dalam fasa percubaan lakonan berbanding babak sebenar di dalam filem. Namun nyata watak yang akan dipegang oleh beliau adalah watak spesis makhluk asing yang mempunyai hubungan rapat dengan X-Men berdasarkan siri komik serta transkrip lakonan yang diberi.

Adakah beliau akan berperanan sebagai salah seorang daripada panglima perang kepada Empayar Intergalaktik Shi’ar yang masyhur itu?

Nada suara yang diperdengarkan oleh pelakon tersebut dalam video ujibakat itu adalah amat pelik dan asing kepada watak yang diberikan, seolah-olah bukan manusia atau mutan yang berasal dari bumi. Beliau langsung tidak sedar dan tahu akan kewujudan negara Amerika Syarikat termasuk populasi spesis yang menghuni planet kita ini.

Berikut adalah transkrip video ujibakat tersebut:

Pelakon 1:
Have you learned their language?
Pelakon 2:
Please, there are only 171,000 more than 40,000 of which are obsolete.
Pelakon 1:
They are a primitive people. They have never been a threat to anyone but themselves.
Pelakon 2:
If that was so true, we wouldn’t be here. So, what have you learned? What type of weapons do they have? Who are their most powerful protectors?
Pelakon 1:
They call themselves SEALS, and theirthe ones responsible for what’s happened.

Mungkin kita terpaksa menanti kesahihan berita ini sebelum sebarang pengumuman pelakon secara rasmi untuk filem X-Men: Dark Phoenix terdedah. Namun sekiranya benar pengenalan dan kehadiran Empayar Shi’ar Empire mula diperkenalkan di sini, mungkin lebih banyak lagi watak baru bakal diperkenalkan.

Apakah Toby Huss akan memegang peranan sebagai Vulcan? Erik the Red? Atau Gladiator?

Yang pasti, nampaknya sudah sampai masa dan ketika untuk X-Men berjuang ke luar bumi serta melepas ruangan kosmos angkasaraya!

Last modified: June 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *