Babak Tambahan JUSTICE LEAGUE oleh Joss Whedon Bakal Ubah Hala Tuju dan Jaringan Plot Filem DC?

224

Written by:

Ini ada satu berita berstatus khabar angin.

Filem Justice League akan memulakan penggambaran babak tambahan pada bulan Jun ini sehingga Ogos nanti di bawah pengarah baharu.

Dan berdasarkan kepada sumber-sumber rasmi yang berjaya diperolehi menyatakan bahawa babak-babak tambahan tersebut adalah ‘amat penting’ sekali. Ini sama sekali adalah perancangan yang lama dirangka oleh pengarah Joss Whedon (Avengers, Avengers: Age of Ultron) yang juga kini bertindak sebagai sebagai salah seorang panel penulis skrip.

Beliau telah diumumkan menjadi pengganti kepada pengarah Zack Snyder pada bulan lalu DI SINI.

Penerbit eksekutif Charles Roven baru-baru ini telah memberi kenyataan rasmi untuk babak tambahan tersebut, menyatakan ia hanyalah sekadar babak kecil tetapi bakal menjadi signifikan di atas jadual barisan pelakon-pelakon utama yang agak padat (Jason Momoa dan Amber Heard berada di Australia untuk penggambaran Aquaman, Gal Gadot menjalani siri jelajah dan promosi Wonder Woman, Henry Cavill sedang beraksi Mission Impossible 6).

Sebuah entri Instagram daripada Henry Cavill semalam telah mengesahkan bahawa pelakon tersebut sudah pun berada di kota London. Ia jelas memaparkan beliau lengkap berseragam Superman dan sedang berehat sambil menikmati secawan kopi di dalam treler.

Lihat foto Instagram tersebut di bawah ini:

Hi Everyone! I’ve been doing some Super Ruminations because this month is the 79th anniversary of Superman in Action Comics and thought it fitting to pass on this little fact. Who knew eh?? In January 1933, Jerry Siegel wrote a short story titled “The Reign of the Superman”, which was illustrated by his friend Joe Shuster and self-published in a science fiction magazine. It told the story of a bald villain with telepathic powers. Trying to create a character they could sell to newspaper syndicates,Siegel re-conceived the “superman” character as a powerful hero, sent to our world from a more advanced society. He and Shuster developed the idea into a comic strip, which they pitched unsuccessfully. National Publications was looking for a hit to accompany their success with Detective Comics, and did not have time to solicit new material. Because of the tight deadline, editor Vin Sullivan was forced to make it out of inventory and stockpile pages. Sullivan asked former coworker Sheldon Mayer if he could help. Mayer found the rejected Superman comic strips, and Sullivan told Siegel and Shuster that if they could paste them into 13 comic book pages, he would buy them. #SuperRuminations #Superman #ActionComics

A post shared by Henry Cavill (@henrycavill) on

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017.

Last modified: June 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *