Bintang Baharu Filem Reboot HELLBOY Dedah Foto Eksklusif Sulung Produksi Belakang Tabir!

237

Written by:

Penampakan baharu kini tertiris!

Baru-baru ini, kita telah dimaklumkan bahawa sebuah filem reboot Hellboy kini sedang dalam pembikinan oleh pengarah Neil Marshall. Dan bintang utama siri televisyen popular Stranger Things iaitu David Harbour telah dipilih menggantikan Ron Perlman sebagai Hellboy.

Pada hari ini, teraju utama itu telah berkongsi foto eksklusif sulung produksi di belakang tabir filem tersebut menerusi akaun Instagran rasmi miliknya.

Walaupun tidak banyak yang dapat diperlihatkan, ia tetap memberi pandang pertama pelakon tersebut sedang mengenakan solekan tangan milik Anung Un Rama atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Right Hand of Doom’!

Lihat foto tersebut di bawah ini:

Right Hand of Doom. 😈

A post shared by David Harbour (@dkharbour) on

Apa pendapat anda tentang imej di atas?

Filem reboot Hellboy: Rise of the Blood Queen masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Tetapi adaptasi terkini komik karya Mike Mignola terbita Dark Horse Entertainment ini akan dilabel sebagai R-rated (klasifikasi tontonan dewasa) dan poster promosi awalnya dapat anda lihat DI SINI.

Last modified: June 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *