Sejarah Perhubungan Batman dan Catwoman Bakal Berubah dalam isu BATMAN #24!

260

Written by:

Sebelum anda teruskan membaca, kami ingin maklumkan bahawa entri ini mengandungi KANDUNGAN SPOILER.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan menggemparkan ini hadir terlebih awal dari sumber yang kami petik dari Bleeding Cool. Tetapi ianya disahkan secara rasmi oleh Entertainment Weekly apabila suatu detik bersejarah dan monumental telah berlaku dalam naskah komik Batman isu b#24 yang berada di pasaran hari ini.

Di atas bumbung dengan suasana gerimis penuh roman dengan latar Bandar Gotham, Bruce Wayne/Batman dilihat sedang duduk melutut di hadapan Selina Kyle/Catwoman dengan lafaz lamaran rasmi!

Memetik satu kenyataan media rasmi yang diulas sebentar tadi, penulis Tom King memberi pembayang bahawa segalanya masih 50/50 dan belum pasti sama ada akan ada majlis perkahwinan di antara mereka dalam masa terdekat ini.

Menurut beliau lagi:

“I want people to go home and be like, ‘Should she marry him? Should she say yes?’ There’s a whole conversation that could come out of this. Everyone’s done vengeance, everyone’s done ‘The night is so dark.’ Giving Batman more pain doesn’t reveal anything about his character because he’s taken as much pain as he can. But giving him love and joy, that combines with the tragedy of his past into something new and never done before.”

Dan pembaca dan peminat semua sebenarnya perlu menunggu untuk isu seterusnya untuk jawapan kepada peristiwa bersejarah di atas sejak DC Rebirth diperkenalkan kepada dunia Batman tahun lalu.

Apa pendapat anda tentang perkembangan terbaharu yang menggemparkan ini? Komen dan pendapat anda seperti biasa dalam ruangan di bawah.

Last modified: June 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *