Montaj Pembukaan Baharu Filem DC Comics untuk WONDER WOMAN Tampilkan Kelibat Green Lantern!

221

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Sebagai peminat fanatik DC Comics, anda perlu tahu akan trivia ini.

Sekiranya anda telah menonton filem Wonder Woman, sudah pasti ramai yang tersedar bahawa filem tersebut telah mempersembahkan kredit pembukaan baharu untuk Semesta Sinematik DC atau DCEU (DC Extended Universe) pada permulaan tayangan.

Diinspirasikan daripada montaj pembukaan siri animasi klasik sukaramai Justice League Unlimited (2004-2006), ianya menampilkan teraju-teraju utama dalam dunia filem DC dan Warner Bros.: Superman, Batman, Wonder Woman, The Flash, Aquaman, Cyborg dan.. Green Lantern!

Bukti ini jelas memaparkan adiwira berkostum hijau itu berdiri setanding dengan anggota Justice League yang lain telah melahirkan spekulasi bahawa Hal Jordan (atau mungkin Jon Stewart, Kyle Rayner atau Guy Gardner) bakal hadir dalam filem Justice League menjelang tayangannya hujung tahun ini.

Ini mungkin hanya sekadar ramalan dan teori liar sahaja setakat ini kerana projek reboot filem Green Lantern Corps sebenarnya masih lagi dalam fasa perbincangan awal. Tetapi segalanya berkemungkinan kerana pernah juga terjadi perkara yang mustahil sebelum ini.

Tonton versi bootleg montaj pembukaan filem tersebut di bawah ini:

Dapatkah anda lihat watak-watak lain yang wujud selain anggota utama Justice League itu?

Last modified: June 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *