Pandang Pertama Video Scout Trooper di Set Penggambaran Filem HAN SOLO!

123

Written by:

BukuFilemSemasa

Ini ada perkembangan terkini tentang filem Han Solo.

Filem antologi Star Wars seterusnya selepas Rouge One itu kini sedang menjalani sesi penggambaran dan video terbaharu dari set lokasi telah mula tersebar secara online yang sama sekali mengesahkan kehadiran Scout Troopers yang kali terakhir dilihat menerusi filem Star Wars Episode VI: Return of the Jedi!

Seperti yang dapat anda lihat di bawah ini, ia merupakan kelibat Scout Trooper yang sama pernah muncul dalam filem keenam berdasarkan kronologi saga utama Star Wars. Cuma terdapat sedikit pengubahsuaian pada bahagian topi keledar tentera khas Imperial itu.

Ia juga dilihat sedang memacu sejenis speeder baharu dan hampir menyerupai rekaan yang pernah kita lihat ditunggang oleh Rey dalam Star Wars Episode VII: The Force Awakens kerana sudah pasti bahagian roda kenderaan tersebut akan ‘dikeluarkan’ semasa fasa pasca produksi kelak.

Semua ini tampak logik dan mempunyai kesinambungan kerana Han Solo akan berhadapan dengan tentera Angkatan Empayar disebab filem ini nanti bakal mendedahkan bagaimana teraju utama ini menyelamatkan serta bertemu Chewbacca buat kali pertama di Kashyyyk berdasarkan novel Aftermath: Life Debt.

 

Lihat video dan kelibat Scout Trooper di set penggambaran Han Solo tersebut di bawah ini:

ihat

Filming #redcup #hansolomovie #starwars #hansolo #starwars40thanniversary #stormtrooper #mcm

A post shared by David Penny (@davidpennyesq) on

Last modified: June 5, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *