Promo Iklan Perlawanan Akhir NBA Tampilkan Cameo Stan Lee dalam SPIDER-MAN: HOMECOMING!

136

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Promosi iklan terbaharu Spider-Man: Homecoming baharu sahaja disiarkan secara online.

Dan ia merupakan kesinambungan daripada iklan promosi televisyen untuk perlawanan akhir NBA yang telah didedahkan pada minggu lalu.

Cuma pada kali ini, Peter Parker telah menerima jemputan untuk menonton perlawanan itu secara langsung tetapi telah diarahkan oleh pembantu Tony Stark, Happy Hogan lakonan Jon Favreau untuk keluar membeli makanan ringan. Setelah mengenakan seragam Spider-Man di sebuah lorong, dengan secara tiba-tiba beliau terserempak dengan perompak mencuri set televisyen.

Sambil Spider-Man cuba berlari untuk menyaksikan keseluruhan perlawanan tersebut di rumah, legenda komik dan Raja Cameo Marvel iaitu Stan Lee muncul entah dari mana!

Tonton promosi iklan tersebut di bawah ini:

Spider-Man: Homecoming akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Julai, 2017.

Last modified: June 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *