Bintang Baharu Hailee Steinfeld Terima Lamaran untuk filem spin-off Transformers, BUMBLEBEE!

144

Written by:

Ada peminat-peminat setia Bumblee di sini?

Menurut sumber yang dipetik dari THR, Hailee Steinfeld (True Grit, Ender’s Game, The Edge of Seventeen, Pitch Perfect 3kini dikhabarkan sedang dalam perbincangan untuk membintangi filem spin-off Transformers terbitan Paramount Pictures dan Hasbro.

Filem yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah kisah tentang autobot kegemaran ramai, Bumblebee.

Walaupun masih belum ada plot spesifik dan terperinci tentang produksi filem di atas, difahamkan bahawa bintang remaja yang sedang meningkat naik itu akan memegang peranan sebagai “.. seorang gadis tomboi yang bekerja sambilan sebagai mekanik selepas sesi sekolah setiap hari.”

Apakah kemungkinan besar salah satu kereta yang dibaiki oleh beliau itu adalah sebuah Camaro sport berarna kuning menyala?

Poster pameran rasmi semasa Ekspo Pelesenan (Licencing Expo 2017) baru-baru ini yang mendedahkan filem ‘spin-off’ sulung dari Semesta Sinematik Transformers, Bumblebee.

Pengarah Kubo and The Two Strings, Travis Knight akan menjadi sutradara filem ini dengan hasil tulisan skrip Christina Hodson dan Lorenzo Di Bonaventure. Manakala Michael Bay dan Steven Spielberg pula akan bertindak sebagai penerbit bersama Bumblebee yang dijangka bakal menemui kita semua pada 8 Jun, 2018.

Last modified: June 2, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *