Reboot Siri Televisyen SIN CITY dalam Pembikinan, Bakal Diarahkan oleh Len Wiseman!

149

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Bergembiralah, wahai peminat Frank Miller dan Sin City!

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Deadline, ada sebuah projek penerbitan untuk siri televisyen Sin City dari pihak TWC/Dimension dengan pembabitan penulis skrip Glen Mazzara (The Walking Dead, The Shield, Damian) dan pengarah Len Wiseman (Underworld, Lucifer). Duo ini juga akan bertindak sebagai penerbit bersama Stephen L’Heureux (Sin City: A Dame to Kill For) serta pencipta/penulis/pelukis komik Sin City, Frank Miller.

Laporan ini turut menyebut bahawa versi reboot di atas akan berkait rapat dengan jalan cerita dan konsep asal grafik novel serta akan cuba menampilkan perbezaan ketara berbanding filem-filemnya yang terdahulu. Antara yang diperkenalkan adalah beberapa watak-watak baharu yang wujud dalam dunia Sin City.

Kami akan membawakan perkembangan dan maklumat terkini tentang berita ini dari masa ke semasa.

Last modified: June 1, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *