Pandang Pertama Teaser Poster Rasmi untuk Siri TV Marvel dan Netflix, THE PUNISHER!

140

Written by:

KomikSemasaTV

Daredevil. Jessica Jones. Luke Cage. Iron Fist. Dan kini The Punisher.

Pelakon Jason R. Moore yang bakal memegang peranan sebagai teman sejawat Frank Castle bernama Curtis Hoyle semasa berkhidmat dalam angkatan tentera satu masa dahulu, telah berkongsikan kepada kita pandang pertama teaser poster rasmi untuk siri televisyen The Punisher terbitan Marvel and Netflix menerusi akaun Twitter rasmi milik beliau.

Seperti dijangkakan, imej tersebut memaparkan logo tengkorak yang cukup sinonim dengan watak tersebut dengan latar belakang berwarna hitam.

Biarpun hanya ringkas, ini hanya merupakan sebuah poster teaser sahaja.

The Punisher masih belum memiliki tarikh siaran dan video treler pengumuman rasmi untuk menandakan kehadiran adiwira gelap itu. Sementara itu, lihat poster teaser rasmi tersebut di bawah ini dan kami akan cuba mengemaskini sebarang makluman serta laporan terkini tentang perkara di atas dari masa ke semasa:

 

Last modified: May 31, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *