Pandang Pertama Jason Momoa dan Amber Heard di Set Penggambaran AQUAMAN!

189

Written by:

Penggambaran untuk filem Aquaman terbitan Warner Bros. dan DC Films dengan secara rasmi telah bermula awal bulan ini.

Pengarah James Wan (The Conjuring, Insidious) sempat berkongsi foto eksklusif belakang tabir sebelum ini bagi menandakan permulaan sesi penggambaran. Ia memaparkan imej papan filem untuk naskah tersebut dengan kod nama berjudul “Ahab” yang diambil dari novel klasik Moby Dick karya Herman Melville.

Namun tarikan sebenar bermula apabila pengarah tersebut mendedahkan imej sulung Amber Heard sebagai Ratu Mera yang seperti baharu sahaja muncul dari dasar lautan, isteri dan permaisuri kepada Aquaman.

Dan kini berpandukan kepada beberapa sumber yang dipetik oleh pihak kami, akhirnya kita dapat melihat Jason Momoa dan Amber Heard bersama dalam satu babak menerusi filem ini.

Foto tersebut yang diperolehi dari sebuah akaun Twitter milik seorang peminat, menyaksikan kedua-dua teraju utama ini sedang berbicara dengan latar belakang dok pelabuhan. Mera tampil dengan imej lebih segar dan baharu, lebih-lebih lagi kostum yang lebih iras dengan versi komik berbanding versi filem Justice League yang pernah didedahkan terlebih dahulu.

Manakala Jason Momoa sebagai Aquaman hanya muncul dengan kot labuh dan lusuh berwarna coklat.

Lihat foto-foto eksklusif di belakang tabir set penggambaran Aquaman arahan James Wan tersebut di bawah ini:

Produksi filem Aquaman kini sedang berlangsung di Village Roadshow Studios yang terletak berdekatan Queensland, Australia yang baru-baru ini digunakan untuk penggambaran filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales dan Thor: Ragnarok.

Selain itu, penggambaran akan turut dijalankan di Newfoundland, Sicily dan juga Tunisia.

Filem yang dibintangi oleh Jason Momoa sebagai Aquaman, Amber Heard sebagai Mera, Patrick Wilson sebagai Orm, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko dan Nicole Kidman sebagai Queen Atlanna ini akan berada di pawagam seluruh dunia pada 21 Disember, 2018.

Last modified: May 29, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *