Promo TV Terbaharu TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT Dedah Identiti Naga Berkepala Tiga, Dragonstorm!

168

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasaTV

Ramai telah melihat aksi pertembungan watak ini sejak dari poster terawal dulu.

Dan hanya kurang sebulan sahaja daripada sekarang, Optimus Prime akan bakal berhadapan dengan seekor naga Transformers berkepala tiga dengan gelaran ‘Dragonstorm’ menerusi filem Transformers: The Last Knight yang pastinya akan menggegar jiwa dan raga!

Tidak banyak yang didedahkan dan diketahui tentang watak baharu ini. Tetapi ia telah dilabel sebagai salah satu teraju utama dalam Kesatria Cybertron (Knights of Cybertron) dan tidak keterlaluan jika kami meramalkan bahawa Dragonstorm akan berjuang bersama pihak Autobots.

Untuk sahsiah dan rupabentuk mod robot, ia sudah tertiris dalam format aksi figura permainan sepertimana yang dapat dilihat di bawah ini:

Tonton promo televisyen terbaharu yang mendedahkan identiti Dragonstorm secara ringkas di bawah ini:

Last modified: May 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *