Jack Kesy Dipilih sebagai Watak Antagonis Utama dalam DEADPOOL 2, Kemungkinan Besar Black Tom Cassidy!

159

Written by:

Memperkenalkan seterus baharu Wade Wilson/Deadpool!

Deadline melaporkan hari ini bahawa pelakon Jack Kesy (The Strain, Baywatch, Claws) telah dipilih untuk bersama dalam produksi filem sekuel Deadpoll terbitan 20th Century Fox sebagai watak antagonis dan penjahat utama.

Walaupun sumber yang dipetik ini tidak 100% mengetahu watak siapakah yang bakal dilakonkan oleh beliau, namun indikasi dan bukti yang sedia ada menyatakan ianya adalah Black Tom Cassidy.

Peminat Marvel dan X-Men pasti akan mengenali watak ini sebagai sepupu kepada Banshee yang memiliki kuasa mutan memanipulasi yang berpunca dari tumbuhan. Biarpun kerap sinonim sebagai seteru X-Men, namun Black Tom Cassidy sesekali pernah muncul untuk berentap dengan Deadpool.

Selain itu, pendukung watak Cable iaitu Josh Brolin dan Domino oleh Zazie Beetz akan tampil menemani Ryan Reynolds yang kembali sebagai Wade Wilson/Deadpool selain Morena Baccarin sebagai Vanessa, Leslie Uggams sebagai Blind Al, Stefan Kapacic sebagai Colossus serta Brianna Hildebrand sebagai Negasonic Teenage Warhead.

Deadpool 2 bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 1 Jun, 2018.

Last modified: May 25, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *