Tonton Kombo Dua Treler dan Poster Rasmi untuk Filem SPIDER-MAN: HOMECOMING!

285

Written by:

Versi Spider-Man kali ini memang lain macam!

Sebentar tadi, Marvel Studios dan Sony Pictures dengan secara rasmi telah melancarkan sepasang treler rasmi ketiga dan berkemungkinan besar yang terakhir untuk filem Spider-Man: Homecoming.

Ia menampilkan banyak babak-babak bebas spoiler baharu yang belum pernah disaksikan sebelum ini dengan fokus diberikan kepada aksi dan cabaran Tom Holland (In the Heart of the Sea, Edge of Winter) sebagai Peter Parker/Spider-Man selepas kemunculan sulung beliau di pawagam menerusi filem Captain America: Civil War tahun lalu.

Treler rasmi pertama adalah untuk pasaran Amerika Syarikat mendedahkan hidup Peter Parker sebagai anggota baharu Avengers yang masih lagi dalam fasa percubaan. Manakala untuk treler antarabangsa pula, ia memberi laluan kepada peranan beliau dalam Semesta Sinematik Marvel apabila paparan sudut baharu semasa babak pertarungan di lapangan terbang dari filem Captain America: Civil War dari sudut pandang adiwira asal Queens, New York itu.

Tonton kedua-dua treler rasmi untuk pasaran domestik Amerika Syarikat dan antarabangsa di bawah ini:

Berikut pula adalah sinopsis rasmi untuk filem Spider-Man: Homecoming :

“A young Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), who made his sensational debut in Captain America: Civil War, begins to navigate his newfound identity as the web-slinging super hero in Spider-Man: Homecoming. Thrilled by his experience with the Avengers, Peter returns home, where he lives with his Aunt May (Marisa Tomei), under the watchful eye of his new mentor Tony Stark (Robert Downey, Jr.). Peter tries to fall back into his normal daily routine, distracted by thoughts of proving himself to be more than just your friendly neighborhood Spider-Man. But when the Vulture (Michael Keaton) emerges as a new villain, everything that Peter holds most important will be threatened.”

Spider-Man: Homecoming akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Julai, 2017.

Last modified: May 24, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *