Punca Kepupusan X-Men Hampir Menjadi Babak Pembukaan Filem LOGAN!

140

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Biarpun ramai yang sudah sedia maklum apakah yang mengakibatkan kematian total X-Men dalam Logan, namun ia tetap samar dan belum muktamad.

Walau bagaimanapun, pada satu ketika dulu memang ada ura-ura yang babak pembukaan filem tersebut akan bermula dengan Charles Xavier atau Professor X diserang sawan psikik sehingga mengakibatkan kepupusan angkatan adiwira mutan Marvel itu.

Dalam satu sesi temubual eksklusif bersama IGN, pengarah James Mangold mendedahkan bahawa babak yang cukup gori dan gelap itu pernah direncakan sebagai rangka draf untuk skrip awal tetapi beliau terpaksa mengubahnya kerana berasa ia bakal menjadi risiko serta gangguan plot untuk perjalanan cerita Logan dan mentornya, Professor X.

Menurut beliau:

“I literally had written an opening which started with that sequence and so it was quite literal, who was dead. But the reason we didn’t do it wasn’t to spare other films, it was that it redefined the movie. It made the movie about the X-Men, instead of being about Logan and Charles. And irrevocably, when you read the script opening that way, it became about this other tragedy, as opposed to that tragedy being something hovering like a shadow in the background for these characters.”

Biarpun ada segelintir peminat telah melahirkan rasa kecewa mereka kerana tidak dapat mengetahui punca lebih terperinci dan watak X-Men manakah yang terkorban dalam tragedi tersebut, kita tidak dapat menafikan alasan yang diberikan oleh pengarah tersebut.

Oleh itu, agak hampa juga babak itu tidak dapat difilemkan dan direalisasikan supaya ia dapat dijadikan babak terlupus (deleted scene) dalam Blu-ray Logan yang akan mula berada di pasaran esok.

Last modified: May 23, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *