Zack Snyder Undur Diri dari JUSTICE LEAGUE Selepas Pemergian Anak, Joss Whedon Ambil Alih!

170

Written by:

Ini ada berita yang amat mendukacitakan.

Selepas wawancara khas bersama The Hollywood Reporter secara eksklusif awal hari ini, pengarah ternama Zack Snyder (300, Watchmen, Man of Steel) telah secara rasmi mengumumkan pengundurannya dari projek filem Justice League.

Keputusan ini dibuat ekoran kematian tragik anak perempuan beliau Autumn Snyder yang telah membunuh diri pada bulan Mac lalu. Beliau meminggal dunia pada usia 20 tahun.

Dalam satu kenyaatan rasmi, pengarah itu berkata:

In my mind, I thought it was a cathartic thing to go back to work, to just bury myself and see if that was way through it, The demands of this job are pretty intense. It is all consuming. And in the last two months, I’ve come to the realization …I’ve decided to take a step back from the movie to be with my family, be with my kids, who really need me. They are all having a hard time. I’m having a hard time.

Kematian yang mengejutkan ini telah dirahsikan antara kalangan ahli keluarga, kenalan terdekat dan eksekutif studio terpilih Zack Snyder sehingga kini. Beliau berasa amat berat hati untuk berkongsi berita perit tersebut kepada peminat kerana bimbang bakal mengundang reaksi ramai di internet yang tidak menentu.

 “Here’s the thing, I never planned to make this public, I thought it would just be in the family, a private matter, our private sorrow that we would deal with. When it became obvious that I need to take a break, I knew there would be narratives created on the internet. They’ll do what they do. The truth it…I’m past caring about that kind of thing now.” He continues on to share his new perspective. “I want the movie to be amazing and I’m a fan, but that all pales pretty quickly in comparison. I know the fans are going to be worried about the movie but there are seven other kids that need me. In the end, it’s just a movie. It’s a great movie. But it’s just a movie.”

Pengarah Joss Whedon (Avengers, Avengers: Age of Ultron) telah menulis skrip dan bakal mengarahkan babak-babak tambahan untuk Justice League yang bakal menjalani penggambaran di London tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Zack Snyder telah menayangkan versi suntingan awal filem tersebut kepada teman-teman pengarah lain dan mahu menambah beberapa babak baharu. Ini menjurus kepada tawaran dan perlantikan buat Joss Whedon yang akan mengambil alih kerja-kerja Zack Snyder sehingga selesai.

Presiden Warner Bros., Toby Emmerich turut memahami dan menerima keputusan ini dengan kenyataan berikut:

The directing is minimal and it has to adhere to the style and tone and the template that Zack set. We’re not introducing any new characters. It’s the same characters in some new scenes. He’s handing a baton to Joss but the course has really been set by Zack. I still believe that despite this tragedy, we’ll still end up with a great movie.

Semoga Zack Snyder dan keluarga tabah menghadapi peristiwa ini serta akan terus berkarya di masa akan datang.

Last modified: May 23, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *