Siri TV MEGA-CITY ONE Bakal Saksikan Karl Urban Kembali sebagai Judge Dredd?

136

Written by:

Pada minggu lalu, ada diumumkan bahawa satu siri televisyen baharu adaptasi komik 2000AD Judge Dredd sedang dalam pembikinan oleh IM Global dan pembangun permainan video dari United Kingdom, Rebellion.

Siri televisyen tersebut akan diberi judul Judge Dredd: Mega-City One.

Biarpun peminat-peminat berdukacita dengan harapan untuk sebuah sekuel kepada Dredd (2012), ada kemungkinan serta potensi yang boleh mengubat hati mereka itu kerana ia melibatkan pembabitan teraju utama filem tersebut.

Dalam satu wawancara podcast menerusi laman web rasmi 2000ad.com, penerbit Brian Jenkins mendedahkan bahawa memang ada perancangan serta perbincangan untuk menjemput kembali Karl Urban (Star Trek, Thor: Ragnarok) yang pernah menjadi teraju utama dalam filem Dredd serta kembali memegang peranan itu.

Cuma buat masa ini, jadual pelakon itu sahaja yang menjadi penghalang dan cabaran.

Menurut penerbit itu lagi:

“We have had many conversations prior to this, about all sorts of things. He’s also very busy, a full-time professional actor. So we’re going to have some long and complicated conversations I would imagine, and we’ll see where we go. It’s too early to tell yet, but if we can use him and he’s available to us, then I think that would be absolutely brilliant. There’s always a possibility he will be busy, or that his schedule for other movies won’t allow — basically, we don’t know at this stage.”

Karl Urban sebelum ini pernah menyatakan kesediaannya untuk menyarung perisai keledar dan kostum Hakim Joseph Dredd atau lebih popular dengan gelaran Judge Dredd sekali lagi andai sekuel itu berlaku. Namun adakah beliau akan bersemangat dan mahu muncul untuk siri televisyen tersebut?

Buat masa ini, kita hanya dapat berharap serta mengambil sikap tunggu dan lihat.

Last modified: May 22, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *